Kongres AS lulus ATM beli senjata tempur Colt M4 Carbine

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Pembelian senjata tempur untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Colt M4 Carbine menggantikan Steyr sudah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, senjata tempur Steyr perlu digantikan dengan M4 Carbine kerana Steyr mempunyai masalah dari sudut perkembangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terhad.
Surat hasrat itu diserahkan oleh Najib kepada sebuah syarikat tempatan, SME Ordnance Sdn Bhd, bagi pembekalan dan penyerahan 14,000 senjata itu dengan anggaran nilai RM70 juta di Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2006.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntuk RM70 juta untuk membeli 14,000 pucuk Colt M4 Carbine dan pembelian itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat.Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.