1. Nasib Melayu Pulau Pinang yang terus terpinggir.Sudah lebih 30 tahun lalu, isu dan permasalahan sama dikaitkan dengan orang Melayu negeri itu, satu realiti yang cukup pahit untuk ditelan. Pelbagai cadangan dan kajian telah dibuat,namun permasalahan Melayu Pulau Pinang tetap di takuk sama.

2. Polemik kepentingan Melayu di Pulau Pinang berkisar di sekitar fenomena penghijrahan beramai-ramai orang Melayu ke Seberang Prai untuk mencari kehidupan yang lebih selesa lantaran persekitaran ekonomi dan sosial yang mencabar. Mana tidaknya, kos sara hidup di Pulau Mutiara agak tinggi dan kos pemilikan premis kediaman dan perniagaan semakin hari semakin menjauh dari jangkauan orang Melayu.

3. Bagi mereka yang tidak sanggup terus- menerus hidup sebegitu, jawapannya agak mudah. Jual saja tanah dan rumah yang tak seberapa untuk digantikan dengan rumah banglo di Seberang Prai, Kulim, mahupun Sungai Petani. Lama-kelamaan masalah ekonomi dan sosial ini bakal membuahkan masalah politik. Kalau penghijrahan ini berterusan makin tipislah kekuatan politik Melayu di Pulau Pinang.

4. Maka berulang kali juga berlaku episod menuding jari - mencari sasaran kecaman, kerana lumrah manusia memang payah untuk mengakui kelemahan diri atau melihat dalam diri ‘apa sebenar silapnya"

5.Tidak kurang juga yang menganggap Melayu terlalu mengharapkan bantuan kerajaan, tanpa mahu bekerja keras untuk memajukan diri - telahan yang memang tidak sedap untuk halwa telinga kita mendengarnya.


6.Jika berterusan satu pihak menyalahkan pihak yang lain, sedang kita sendiri enggan melakukan muhasabah diri, permasalahan Melayu Pulau Pinang pasti tiada penghujungnya. Selamanya, tanpa titik noktah, kita akan terus berhadapan permasalahan sama.

7. Justeru itu, marilah kita sama-sama mengembleng tenaga dalam usaha untuk menangani masalah ini selaras untuk memperkasakan Melayu.Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.