1. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu kerana kita percaya orang Melayu adalah penduduk asal Malaysia.

2. Ramai orang bertanya mengapa orang MeLAYU dikatakan penduduk asal. Padahal orang Asli lebih awal menduduki Tanah Melayu. Perlu dingatkan bahawa mengikut sejarah, bangsa yang bertindak untuk memajukan sesuatu kawasan akan diiktiraf sebagai penduduk asal. Dalam konteks ini, selama hampir 450 tahun kita dijajah. org Melayu bangkit untuk membuat perubahan. Malahan kepimpinan Org MeLAYU diiktiraf oleh British apabila menerima desakan kemerdekaan. Berbanding org Asli yang tidak melakukan apa-apa tranformasi kearah memajukan tanah asal.

3. Satu demi satu perkara yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam terus menjadi sasaran pihak tertentu terutama parti pembangkang dalam usaha kononnya untuk mewujudkan kesamarataan antara kaum di negara ini. Akibatnya, apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mula menjadi sasaran serangan, malah demi kepentingan politik,  tindakan yang cenderung kearah menggugat apa yang sudah ditentukan oleh Perlembagaan kerap dilakukan. Antara yang paling menjadi sasaran ialah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu. Kononnya atas prinsip untuk menegakkan kesamarataan dan keadilan, peruntukan ini cuba diganggu gugat. Tanpa mahu menoleh kepada sejarah pahit getir mewujudkan Perkara 153, desakan terus ditujukan seolah-olah mahu menjadikan peruntukan ini hanya menjadi catatan sejarah.


4. Justeru itu, Perkara 153 ini haruslah dipertahankan oleh org melayu sendiri kerana perkara inilah yang menjadi benteng pertahanan yang paling kukuh bagi org melayu. jangan bairkan hak-hak yang diperjuangkan oleh org-org dulu dilupakan begitu sahaja. Seharusnya kita Org MaLAYU terutamanya pemimpin-pemimpin MeLAYU mula risau tentang cabaran ini. Fikirkanlah untuk generasi seterusnya. Kita tidak mahu melihat Org MaLAYU yang buta sejarah dan tidak tahu hak keistimewaannya.Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.