1.  Isu terbaru yang dibawakkan oleh tun mahathir dalam blong sensasi beliau adalah mengenai penjualan pasir silika kepada Singapore. Sehari dianggarkan lebih 500 buah lori pasir yg dikategorikan sebagai pasir silica kononnya untuk dijadiakan mikrochip. Mikrochip!! erm.. braper banyak pasir silika yang diperlukan utk menghasilkan mikrochip.. Mungkin satu lori satu mikrochip kot... Mustahil bukan!! Sudah tentulah tanpa dolak dalik lagi. Pasir-pasir ini digunakan untuk menambak kawasan laut dalam usaha peluasan kawasan.

 
500 x lori setiap hari!!!

2. Pesoalan sekarang, kenapa dengan begitu mudah jumlah pasir yg banyak dapat "dieksport" ( secara sah/haram) ke negara Kota Singa itu.. Butakah orang MeLAYU?? PBT  duduk saja minum kopi.. gendang gendut tali kecapi. perut kenyang suka hati.. lori keluar masuk buat tak peduli... Bila disoalkan kepada tuan punya kilang.. kenapa raw meterial dari Malaysia..bukan dari Indonesia.. Thailand??.. Jwpnya mudah.. "Malaysia punya olang Fisy..fisy.. taruk itu  biru punya kertas kasi kilat ckit (duit).. sudah jalan maa.."....  tengoklah dengan semudah itu Org MeLAYU bertoleransi.


3.Teringat akan 7 wasiat raja-raja melayu kepada anak bangsa. Wasiat ini sangatlah penting dimana merangkumi kepentingan mutlak Org MeLAYU. Sekiranya tidak dipelihara sudah tentulah kaum-kaum lain akan nak tochang. Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu. 7 wasiat tersebut adalah seperti berikut.
  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
4. Wasiat kedua iaitu Tanah Rizab Melayu. Disimpan sehingga 50%, selebihnya rebutlah bersama kaum-kaum lain. Org MeLAYU kita sudah kelabu asap apabila ditawarkan dengan harga yang lumayan untuk sekeping tanah yang kita tidak nampak nilai wang terhadapnya. Yang kita tahu, "aah.. malas laa nak ushakan tanah nih!! lagipun banyak modal nak kene kuar.. jual lagi bagus... !!" Sikap begini ditambah pula dengan pendapat narrow minded orang melayu yang selalu bercakap "harta pusaka nih bukan boleh bwk masuk kubur pun" sekaligus menjurus kepada hilangnya priority orang melayu dalam pemilikan aset tanah.

5.  Berbalik kepada isu pasir silika untuk Singapore. Saya yakin sindiket ini didalangi oleh orang MeLAYU sendiri, tuan tanah untuk kerja pemunggahan pasir juga pasti Org MeLAYU.. PBT yang terlibat sudah tentu Org MeLAYU. Lihatlah isu pasir haram yang melanda di negeri Perak, Selangor dimana beberapa orang kenamaan turut ditahan oleh SPRRM. Siapa tahu sendikit curi pasir ini berkait rapat dengan isu pasir silika ini.  Org MeLAYU sendiri yang tidak mempertahankan hak milik bangsa. Wasiat raja-raja Melayu  ini sudah sangat relevan dan merangkumi semua aspek kepentingan Org MeLAYU. Jagalah ia jiak ingin melihat MeLAYU maju dibumi sendiri.


6. DAULAT TUANKU. Bersatulah MeLAYU. TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.


"RAHMAT BAHGIA, TUHAN KURNIAKAN, RAJA KITA, SELAMAT BERTAKHTA...."Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.