Kepala Lembu


1.  Apabila bercakap soal "kepala".. sama ada kepala babi ataupun kepala lembu... elemen yang menyentuh sensitivi perkauman akan turut dibangkitkan. Org2 yang membangkitkan isu2 ini tak lain dan tak bukan hanyalah untuk meraih populariti.. Kononnya akan dikatakan pembela bangsa.. pembela kaum.. padahal mereka lah yang sebenarnya bertindak menjadi api dalam sekam.. membakar sensitiviti perkauman sekaligus melanggar Akta Hasutan....

2.  Tempoh hari orang berarak menjulang kepala lembu.. haiwan suci bagi penganut Hindu.. habis satu Malaysia digembar gemburkan bahawa org melayu tak tahu menghormati kaum lain. Kronologi yang berlaku kian meruncing apabila penglibatan kepentingan pihak-pihak tertentu. Baru reda isu kalimah ALLAH .. Hari ini kepala babi di tempat suci/masjid org islam...esok lusa entah kepala apa pulak yang diletakkannya. masalahnya.. kenapa sampai begitu melampau..?


Kepala Babi 
3. Disini jawapanya adalah sangat mudah.. secara peribadi saya menyifatkan ini sebagai REAL POLTIK.. istilah real politik ini sudah sekian lama diamalkan di negara demokrasi.. real politik bermaksud menghalalkan apa saja cara untuk mencapai matlamat politik. Tidak kiralah samada menggadai maruah bangsa.. agama..membunuh.. ataupun memfitnah mana2 individu semata-mata untuk kepentingan poltik. demi kuasa manusia sanggup berbuat apa2 saja. Politik..politik.. semua ini hanyalah untuk kepentingan peribadi berbanding perjuangan yang di laugkan...

4.  Bercakap soal bangsa.. Dr Mahathir dalam sajaknya "Melayu Mudah Lupa".... memang ada kebenaranya.. kita lupa yang suatu ketika dahulu kita merupakan "tuan tanah" kepada bumi Malaya. Kita lupa yang melayu ini ditakrifkan di sisi perlembagaan negara merangkumi 3 elemen utama. Pertama.. beragama ISLAM. Kedua, mengamalkan budaya org melayu. Ketiga, bertutur bahasa melayu fasih. Lihatlah kawan!! masih ada lagi kah.. nilai kemelayuan dalam diri kini sebagai anak bangsa merdeka in?? Bertutur bahasa melayu, kita lebih mengagungkan bahasa inggeris.. mengamalkan budaya melayu, jauh api dari panggang.. budaya melayu hanya dimuziumkan sahaja. yang tinggal hanyalah beragama Islam. Itupun, dewasa ini soal agama masih mampu dipersoalkan secara terbuka. Malaysia ..ooo.. malaysia....Inikah demokrasi yang di impikan??

5. DAULAT TUANKU.. membela nasib org melayu. Simbol perpaduan negara. Ketua agama islam.. Tp. apa dah jadi, anak sendiri yang ditatang bagai minyak yg penuh sanggup menconteng arang ke muka.. ADUKA TARUNA... alhamdullillah saudara kembali memperjuagkan bangsa.. Kedaulatan raja kita haruslah kita pertahankan.. jangan menggadaikan raja demi kepentingan politik kotor...

6.  Me...LAYU..... habis terkulai layu ibarat hidup segan mati tak mau.. org british ckp org melayu malas.. lalu diimporkan tenaga buroh dari luar.. Hasilnya, satu malaysia..!. Sedar lah.. bangsaku.... kita kini ibarat pelarian di daerah sendiri.. Bisnes semua dimonopoli si mata sepet.. Perladangan/Estet Encik Raju punya bos jg..Bersatulah kawan.. jangan biarkan Ah Chong dan Samy ketawa melihat kemelut dalaman bangsa.. Buktikan kepada mereka bahawa Melayu bukan seLAYU yang disangka. Melayu masih bebisa di tanah asal keturunannya..

7. Rakyat Malaysia yang marhean.. saya bukanlah diupah oleh maner2 pihak untuk menulis coretan ini..(Sorry yer blogger yg teraser!!) Cuma menyeru atas kesedaran bangsa. Terlalu banyak petunjuk yang mengajak supaya melayu kembali bersatu.. Kita sahaja yang ralit di bawa dilemma isu. Ayuhlah kawan.. gengam erat saf perpaduan.. Jalinkan persaudaraan.. "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.