1. Berbincang dari aspek kepentingan kontrak sosial. Tidak ada sebarang dokumentasi ataupun mana-mana booklet yang menyatakan kandungan kontrak sosial ini dengan jelas.Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.


2. Persoalan yang timbul wujud pada waktu ini adalah disebabkan kecetekan pemahaman generasi muda. mereka menganggap kontrak yang telah dipersetujui dulu tidak lagi relevan. Tidak ada istilah kontrak sosial dalam perlembagaan persekutuan 1957 tetapi ia lebih kepada semangat permuafakatan yang dimiliki oleh perlembagaan. Natijahnya sekarang adalah Kontrak sosial sering dianggap perjanjian orang dulu-dulu yang hanya sesuai untuk orang dulu sahaja. Kita juga sering menganggap kontrak sosial berkait rapat dengan kewarganegaraaan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran.Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, sebagai timbal balik masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. inilah yang dikatakan win-win situation ataupun beri-memberi atau quid pro quo


3. Pada peringkat awal perjanjian, kontarak sosial ini hanyalah bersifat sementara. Menurut laporan suruhanjaya ried, kontrak ini hanyalah sementara dan hendaklah dikaji 15 tahun selepas perjanjian ini dimaterai.  Walaupun  peristiwa berdarah13 mei 1969 berlaku sebelum cukup tempoh pengkajian semula kontrak, kontrak ini masih lagi relevan dan tahun pengkajiannya iaitu pada tahun 1972 dapat dilaksanakan dengan aman tanpa sebarang tragedi. Kontrak ini yang meletakkan tunjang utama perkara 153 sebagai core bussiness nya masih mampu bertahan dan wajar dilaksanakan sehingga kini.


4.  Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.