1. Meritokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang berdasarkan pemerintahan berdasarkan kebolehan serta merit seseorang itu dan bukannya kekayaan atau status sosialnya. Sistem ini yang berusia hampir 10 tahun ini telah diperkenalkan oleh Dr Mahathir. Pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi awam(IPTA).Orang Melayu umumnya membantah sekeras-kerasnya jika sistem meritokrasi ini dilaksanakan. fore sight orang-orang melayu pada ketika itu dilihat sebagai sesuatu yang remeh. "mereka " menggelarkan orang melayu penakut dan tidak berani terima persaingan.Nah...! sekarang lihatlah berapa ramai nisbah kadar orang melayu dan bukan melayu di IPTA/IPTS.


2. Apa yang membimbangkan kita. satu persatu hak dan keistimewaan orang melayu ditarik sedikit demi sedikit. Perkara 153 yang menjadi hak org melayu, dibiarkan dirampas dan dilenyek begitu sahaja oleh robot yang dikawal sendiri orang kita. Semuanya untuk kepentingan politik. Meraih undi. Apa pun sanggup digadaikan. alasannya mudah.."satu malaysia"


3. Saya akui bahawa konsep satu Malaysia untuk bangsa Malaysia amat sukar dilaksanakan ketika ini. Ini berikutan wujudnya sistem pendidikan peringkat rendah yang menjurus kepada bangsa. Jika masyarakat Malaysia bukan bumiputera mahu kesamarataan dari semua segi maka mereka juga harus berkorban. Mereka harus berkorban untuk menutup terus Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Cina atau Tamil. Kedua-dua sekolah ini mesti dihapuskan termasuk Sekolah Rendah Agama. Penyataan ini dilihat terlalu liberal sehinggakan meletakkan kepentingan kita dibelakang. tetapi dengan cara "satu sekolah untuk semua". Saya yakin hubungan keserasian antara kaum dapat dipupuk sejak dibangku sekolah lagi. Maka, tidak akan muncullah sikap seperti dalam cerita GADOH...

" org cina makan babi!!... Melayu bodoh pun boleh masuk U!!... "

Kita sepatutnya memiliki satu sistem tunggal persekolahan yang merangkumi semua aspek pembelajaran yang terdapat didalam ketiga-tiga sekolah Tamil, Cina dan Agama. Saya percaya dengan penyatuan sebegini anak-anak Malaysia akan dibesarkan dalam satu persekitaran yang benar-benar mengadunkan perpaduan dikalangan semua masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama.

4. Justeru itu, apa yang difikir dan dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir 10 tahun dahulu perlu diambil dari aspek positif dan negatif. Saya yakin impak positif melebihi yang negetif, namun lompong-lompong yang wujud haruslah segera diatasi. Ini tidak, apabila kita nampak adanya lopong-lompong.. kita lebih selesa membesarkan hal yang kecik. Menariknya budaya rakyat kita, bila dah terantuk baru nak tergadah.Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.