1. Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysian Malaysia. Konsep ini giat meniti di bibir orang ramai pada awal 1960 an. Malaysian Malaysia yang secara langsung bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menuntut persamaan taraf dari aspek biasiswa, kemudahan pendidikan dan lesen -lesen. Konsep ini adalah satu konsep yang diilhamkan oleh Lee Kuan Yew presiden PAP Singapura. Hujah yang dikeluarkan oleh apek ini adalah mengenai Perak Man yang suatu ketika dahulu hampir 10 000 tahun bergerak masuk ke Tanah Melayu secara immigrant. Lee Kuan Yew cuba untuk menerapkan bahawa orang Melayu yang wujud di Malaysia adalah bukan penduduk asal tanah ini. Ini adalah tamparan yang sangat hebat kepada orang melayu terutamanya Dato Syed Jaafar yang pada ketika itu menyandang jawatan setiausaha agung UMNO. Dato Syed Jaafar Albar adalah berasal dari Indonesia dan masuk ke Tanah Melayu secara immigrant pada usia 30 an. Gelombang kedua Malaysian Malaysia diterajui oleh Lim Kit Siang DAP dan terus di cantas oleh perwakilan kerajaan dengan amaran bahawa "jangan bermain dengan api".


2.  Konsep 1 Malaysia bukanlah gagasan baru ataupun wawasan baru seperti wawasan 2020 yang kini senyap sunyi tanpa berita.  Ayat yang menyebut

   “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” 

    Menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing.  Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja.  Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.  Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.Sementara ayat

     “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam    
       negara kita” 

     Lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara.  Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. Persoalanya sekarang. Adakah mampu tanggungjawab ini digalas oleh pemimpin yang parti politik berasaskan kaum.? Sudah tentu akan wujud sedikit "racist" dalam mengemukakan hujah dan membuat keputusan.


 3.  Perbezaan antara dua konsep ini dimana Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu  menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud  buat sekian lama.  Keadilannya diambil secara membuta tuli  dengan mengambil konsep kesamarataan .  Tetapi  konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat  dalam ruang lingkup yang berbeza. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia  juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa  Malaysia.  Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya  terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti  dan sejarah negara Malaysia.


4.  Nah!!.Sekarang kita sudah nampak apakah perbezaan antara dua konsep yang selalu dijadikan bahan perbincangan politik . Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia. Berfikirlah untuk kepentingan bangsa. Nasib anak cucu kita bergantung kepada siapa kita pada hari ini. Jangan jadi seperti pak kaduk. ayam kalah kampung tergadai. Bangkitlah wahai bangsaku. Berpijaklah pada bumi tanah tumpah darahku.!!Share

0 comments:

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.