1. Bercakap soal kes adik amirulrashid yang maut ditembak polis gara-gara dianggap penjenayah. Cerita ringkas pasal kes ni, Amirulrashid seorang pelajar berumur 15 tahun tingkatan 3. MEMANDU pada jam 2 pagi bersama seorang rakan/sepupu baru balik dari minum di kedai. Kes terjadi hari isnin malam selasa. Maksudnya masih lagi hari bekerja. Bukan hujung minggu. Melarikan diri bersama kereta yang dipandu (milik kakak mangsa) dari road block yang dikendalikan oleh POLIS ... Dikejar 4 polis peronda MPV. Terbabas apabila polis melepaskan tembakan amaran kearah tayar kenderaan. Mengundurkan kereta untuk cubaan lari kali kedua.. Gagal!! Ditembak tepat di kepala (HEAD SHOt)


2. Saya tidak akan membuat apa-apa spekulasi mengenai kes ini. Ini bagi menghormati prosedur dan amaran bahawa kes MASIH DALAM SIASATAN PIHAK POLIS..... Borink la ayat nih..selalu sgt digunakan... mungkin ayat untuk cover .. Ops.. terlepas sudah...jadi kat sini saya sertakan laporan polis yang dibuat.. 


Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...
- Sumber: Perisik Rakyat



3. Fuuuhhh..mcm dalam movie.. saya tegaskan disini... jangan buat sebarang spekulasi. Tambah-tambah lagi ..sudah tentu perkara ini akan jadi isu penting bagi ahli politik.. Mereka akan mempolitikkan habis-habisan isu ini semata-mata kerana undi... ok..saya upload sekali gambar terakhir budak kiut nih...tak dapat dalam surat kahabar nyer.. nih gambar amatur....


Gambar terakhir aminulrashid bersama saksi utama



Share

3 comments:

  1. Anonymous says:

    sbb arwah amirul bkn org kebanyakan.mana keadilan pihak berkuasa?

  1. Anonymous says:

    polis ohhh polis...aku pun pernah terkena dgn anggota polis.... jadi sampai mati aku xkan hormat polis... depa berkuasa jadi depa guna sesuka hati... kalau nak tangkap suka2 guna akta 117... hakim pulak kadang kala main terima je reman... lpas tu kalau xsalah..kluarkan le kat media mintak maaf...harap satu hari kelak org yg memijak rakan adik amirul akan dipijak semula

  1. Anonymous says:

    apa kesudahan kisah ini? polis tu dibicarakan ke tak? keputusan hakim apa?

Post a Comment

Tauke

My photo
alor star, kedah, Malaysia
Hisham Halim a.k.a pkk hisham, merupakan salah seorang final year military student, bujang men, part time triathlate @ ironman. Sentiasa Happy Go Lucky. Berpegang teguh kepada prinsip "kita buat dia".

Time

increase traffic

Apa Nak Kata

Blog Archive

Share |

BuZz Me

Visitor

Senarai Blog

.